• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorthy, Maszlee Kena ‘Sekolah’

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap undang isu sehingga sering hiasi halaman depan akhbar disaran lebih berhati-hati dan ‘tunduk’ kepada nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Teguran berbaur sindiran oleh penulis blog The Scribe, Datuk A Kadir Jasin itu ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, mutakhir ini.

Kadir yang tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi menyifatkan, tindak tanduk menteri lantikan senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional, selaras portfolio beliau dalam Kabinet.

“Perdana Menteri sudah menasihatinya, tetapi Dr. Mahathir baik hati dan kalau marah pun ada orang tak sedar, jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah ‘gung-ho’ (teruja) dan selesa sangat dengan kedudukannya.

“Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata, sebaliknya senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

“Tolonglah jangan malukan Raja dan Perdana Menteri kita. Kalau YB (Yang Berhormat) tak puas hati boleh komen dalam blog ini,” katanya dalam penulisan terbaru di The Scribe, hari ini.

Mengalih subjek kritikan pedasnya, Kadir berkata, Maszlee yang baru menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu sebaliknya berkata, jalan terbaik ialah mengembalikan institusi sekolah kebangsaan kepada tujuan asal, iaitu sebagai wadah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.

“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sudah jadi macam sekolah agama.

“Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya,” katanya.

Mengundang tanda tanya, Kadir menjelaskan ‘syarahan’ dalam episod penulisannya kali ini hanya terhad kepada dua ‘mangsa’, namun ia tidak bermakna anggota Kabinet diterajui Pakatan Harapan (PH) yang lain menempa kejayaan mengendalikan peranan masing-masing.

Memberi isyarat bahawa siri kritikan sama bakal menjelma, Kadir secara sinis berkata: “Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

“Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka,” katanya. – BH Online

Tags: Dr Maszlee Malikwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd