• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80,000 Tiket Piala AFF 2018 Habis Terjual

oleh
29/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini, habis terjual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam entri terbaharu melalui laman Facebooknya, memaklumkan tiket dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional itu yang dibuka seawal 10 pagi habis terjual dalam tempoh tiga jam.

FAM juga memaklumkan tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic turut habis, sekali gus bermakna 80,000 keping tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 keping tiket perlawanan dijual secara dalam talian pada Isnin dan Selasa lepas, telahpun habis terjual.

Selain itu, FAM turut merakamkan penghargaan di atas sokongan padu rakyat Malaysia dan mengharapkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada skuad Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Sabtu ini.

Malaysia yang bakal beraksi di hadapan 80,000 penyokong tempatan, menggalas misi besar untuk membawa bekalan selesa, sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua pada 5 Dis depan.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya tewas dengan agregat 3-4 kepada skuad Gajah Perang yang muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 dan mengekalkan kejuaraan pada edisi berikutnya pada 2016. – BERNAMA

Tags: Piala AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

Piala AFF : Malaysia, Vietnam Satu Kumpulan

Piala AFF : Malaysia, Vietnam Satu Kumpulan

30/08/2022
0

PETALING JAYA : Malaysia dan Vietnam diundi berada dalam Kumpulan B pada Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd