• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Cuci Kereta Dihukum Gantung Kerana Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja tempat cuci kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine, dua tahun lepas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan hukuman itu terhadap S.Satha Sivam, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi lelaki itu di akhir kes pembelaan.

Sequerah turut mendapati tiada faktor menunjukkan Satha Sivam memenuhi syarat wajib kepada pindaan terhadap hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan mengenepikan hukuman gantung sampai mati.

“Selepas meneliti semua keterangan dan mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

“Mahkamah juga mendapati tidak terdapat faktor keterangan tertuduh yang memenuhi kepada syarat wajib bagi pindaan hukuman seksyen ini. Oleh yang demikian, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” kata Sequerah.

Mengikut kertas pertuduhan, Satha Sivam didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 99.16 gram di sebuah bilik di tingkat atas sebuah kopitiam di Jalan Meldrum, di sini, kira-kira 7.40 malam, 9 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Peguam Satha Sivam, Nur Zafirah Norizan ketika prosiding memohon hukuman penjara diberikan kepada anak guamnya itu dan berhujah memberitahu bahawa anak guamnya memenuhi dua syarat pilihan mengikut pindaan terhadap hukuman Seksyen 39B ADB 1952 itu.

“Anak guam saya memenuhi dua syarat pilihan iaitu kes ini tidak membabitkan jual beli dadah dan tiada ejen yang terbabit, malah tertuduh juga memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes dihadapinya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman dalam hujahnya pula menegaskan bahawa elemen pindaan, bagaimanapun, tidak dipenuhi sepenuhnya oleh pihak pembelaan.

“Pendakwaan mendapati hanya dengan memberikan kerjasama sepanjang siasatan tidak cukup untuk memenuhi syarat wajib dalam pindaan hukuman seksyen ini iaitu tiada bukti yang boleh membawa kepada hal membanteras kegiatan dadah itu,” katanya.

Pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi sepanjang perbicaaan yang bermula pada 15 Okt tahun lepas manakala pembelaan mengemukakan dua saksi iaitu tertuduh dan abangnya. – BERNAMA

Tags: Edar DadahTukang Cuci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd