• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman, IPK Selangor Buru Dalang Rusuhan Kuil

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang dalam kejadian kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights yang tercetus awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata untuk tujuan itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kekecohan dan memburu beberapa lagi dalang dalam kejadian itu termasuk mereka yang mencederakan anggota polis dan bomba.

“Kita akan tubuh Task Force untuk bantu IPK Selangor dan untuk buru berberapa lagi suspek.

“Setakat hari ini masih 21 orang ditahan untuk siasatan…siapa mereka ini pun kita masih siasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Pembuktian, Pendakwaan dan buku panduan siasatan jenayah melibatkan agen kimia, biologikal radiologikal nuklear serta letupan, di sini hari ini.

Menyentuh dakwaan anggota polis terlibat dalam kekecohan itu seperi yang ditularkan, Mohamad Fuzi menafikannya dan berkata siasatan mendapati individu terbabit hanya seorang sukarelawan polis (PVR) dan telah lama ditamatkan perkhidmatan.

Dalam pada itu katanya keadaan di kuil Sri Maha Mariamman kini terkawal sejak semalam tanpa sebarang insiden kekecohan.

“Ada usaha individu tertentu timbul kekecohan malam tadi namun kita berjaya kawal,” katanya.

Menurutnya polis masih lagi berkawal di kawasan kuil itu.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu kekecohan berlaku di rumah ibadat itu apabila sekumpulan individu merusuh dan mencederakan pengunjung rumah ibadat itu.

Pada awal pagi Selasa pula sebuah jentera bomba dirosakkan selain seorang anggota bomba cedera parah dipukul dalam kekecohan berkenaan.

Susulan kejadian itu, sekumpulan perusuh turut merosakkan harta benda di pusat beli-belah One City.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian itu adalah perbuatan jenayah dan tiada kaitan dengan isu perkauman. – BERNAMA

Tags: KPNRusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd