• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Kerana Pasaran Baru Muncul

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini kerana pasaran baru muncul terkesan akibat turun naik menjelang Sidang Kemuncak G20 yang akan berlangsung di Buenos Aires, hujung minggu ini.

Sidang kemuncak berkenaan akan menjadi fokus antara Amerika Syarikat (AS) dan China untuk membincangkan persengketaan perdagangan antara mereka.

Pada 9.00 pagi, ringgit adalah 4.1920/1960 berbanding dolar US daripada 4.1880/1920 pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, akan menghadiri majlis makan malam pada Sabtu, di luar Sidang Kemuncak berkenaan yang akan menjadi saat penting berhubung peningkatan ketegangan perdagangan kedua-dua negara.

“Komen Trump berhubung mesyuarat berkenaan menyebabkan pelabur berada dalam situasi yang agak sulit,” katanya kepada Bernama.

Penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow, dipetik sebagai berkata bahawa, Presiden AS itu berharap akan ada kejayaan dengan Xi, tetapi bersedia untuk mengenakan lebih tarif jika perbincangan itu tidak memberikan sebarang perkembangan.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0412/0448 daripada 3.0440/0474 pada penutup Selasa, meningkat berbanding yen kepada 3.6846/6885 daripada 3.6853/6898 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7311/7373 daripada 4.7366/7420 semalam.

Ia susut sedikit berbanding pound British kepada 5.3398/3453 daripada 5.3393/3461 sebelumnya. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd