• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Tertidur, Pesawat Terlepas Destinasi

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Sebuah pesawat kecil terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit, kata pegawai keselamatan semalam.

Juruterbang berkenaan ialah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31 dari Devonport ke King Island di Tasmania pada 8 November lalu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kejadian itu, yang dikelaskan sebagai kes ‘ketidakupayaan’, kini disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Pegawai tidak memberitahu bagaimana juruterbang berkenaan terbangun sebelum mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat.

“Ketika penerbangan, juruterbang tertidur, menyebabkan ia terlepas sejauh 46 kilometer dari King Island,” kata ATSB dalam kenyataan.

ATSB akan menemubual juruterbang berkenaan dan menilai prosedur operasi sebelum menyiarkan laporan tahun hadapan.

Tahun lalu, lima maut apabila pesawat yang dalam penerbangan ke King Island terhempas sejurus berlepas di Melbourne. — Agensi/BH ONLINE

Tags: Juruterbangpesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd