• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,400 FRU, Anggota Trafik Di Kuil Sri Maha Mariamman

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Kira-kira 1,400 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik akan ditempatkan di kawasan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, malam ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kawalan lebih ketat serta tindakan lebih tegas akan dilakukan bagi mengelak kejadian rusuhan berlaku.

“Polis juga akan dirikan khemah dan pusat pemeriksaan di kawasan itu, kami (polis) tidak mahu insiden semalam berulang kembali.

“Kalau ada tanda-tanda mereka ingin berhimpun atau berarak, polis akan cegah di peringkat awal dan meminta mereka beredar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya bersama Pekerja Inisiatif Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan akan dikenakan, sekiranya terdapat kumpulan berhimpun dan mengadakan rusuhan di kawasan itu.

“Mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah, polis akan buat apa jua tindakan untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata lebih 91 laporan polis diterima berhubung insiden di kuil itu dan kertas siasatan telah pun dibuka.

“Kes anggota bomba dipukul itu pihak kami buka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 327 Kanun Keseksaan iaitu memecahkan dan merosakkan harta benda awam serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan khianat dengan api,” katanya.

Polis setakat ini menahan 21 orang berkaitan kekecohan di kawasan kuil itu yang bermula awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi episod awal pagi ini.

Kekecohan berlaku di perkarangan kuil tersebut kira-kira 2 pagi Isnin apabila dua kumpulan bergaduh. dan ada perusuh bertindak liar dengan membakar kenderaan di luar perkarangan kuil.

Kekecohan berlaku lagi awal pagi ini apabila perusuh membakar dua kenderaan di lebuh raya serta membakar sekali lagi bangkai sebuah kenderaan di luar perkarangan kuil serta merosakkan sebuah jentera bomba.

Sebanyak 23 kenderaan musnah dibakar setakat ini.

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera parah diserang perusuh dalam insiden awal pagi itu. – BERNAMA

Tags: FRUkuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd