• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Kamil Akan Mengaku Bersalah Jika…

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari akan mengaku bersalah sekiranya representasinya untuk mengurangkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapi pelakon itu diterima Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil, 37, pada hari pertama perbicaraan lima kes tersebut di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut Megat Syazlee, representasi itu telah dihantar pada 23 Nov lalu kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya memohon supaya perbicaraan kes ditangguhkan sehingga keputusan representasi itu.

“Sekiranya representasi berjaya, anak guam saya ingin mengaku bersalah dan ini sekali gus dapat menjimatkan kos dan masa mahkamah. Pihak kami percaya, permohonan untuk penangguhan hari ini tidak akan melambatkan bicara,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran mengesahkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima representasi tersebut lewat petang Jumaat lalu.

“Pihak kami masih belum sempat meneliti keseluruhan dokumen tersebut namun bagi perbicaraan pada hari ini, empat saksi hadir untuk memberi keterangan, oleh itu saya serahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya perbicaraan ingin ditangguhkan,” katanya.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 6, 12, 13 dan 14 Dis depan.

Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Sembilan hari kemudian, pada 25 Jan, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. – BERNAMA

Tags: Farid Kamilrepresentasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi...

Sanusi Akan Kemuka Representasi Gugur Dua Kes Menghasut

Sanusi Akan Kemuka Representasi Gugur Dua Kes Menghasut

29/02/2024
0

SHAH ALAM - Pembelaan bagi pihak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd