• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Ziarah Bomba Kritikal Diserang Perusuh Kuil

oleh
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… MIC kutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas perusuh biadab serang pasukan bomba ketika mereka bertugas dekat perkarangan Kuil Sri Mahamariaman Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran dalam satu kenyataan bersama timbalannya Datuk Seri S. Saravanan dan Naib Presiden Datuk C. Sivarraajh menyifatkan tindakan melulu tersebut sebagai patut dikutuk oleh semua orang.

“Kami berharap pihak polis ambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat terhadap mereka yang didapati bersalah sengaja ganggu penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka terutama petugas bomba.

“Kami juga berpandangan bahawa polis perlu diberi secukupnya bagi siasat dan selesaikan isu ini. Tindakan terus tunding jari dan menyalahkan sesiapa tidak beri sebarang manfaat kepada sesiapa pun,” kata Vigneswaran.

Terdahulu, mereka bertiga meluangkan masa dengan melawat anggota bomba diserang perusuh itu, Muhammad Adib Mohd Kassim yang sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya.

Dalam lawatan tersebut, turut berada di hospital swasta berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Semalam tiga ‘orang kuat’ MIC itu turut ke kuil bertemu pihak pengurusan bagi dapat maklumat dan gambaran berhubung kejadian rusuhan yang setakat ini telah menyaksikan 21 orang ditahan manakala 23 kenderaan dibakar.

Kenyataan JBPM memaklumkan Muhammad Adib yang dirawat di ICU kini hanya bergantung sistem sokongan hayat selepas cedera teruk di bahagian dada dan perut, tulang rusuk patah yang jejas paru-paru serta pernafasan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Saari berkata, pihak kerajaan negeri bersetuju akan menanggung segala kos perubatan Muhammad Adib sehingga mangsa disahkan sembuh sepenuhnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Kuil Sri Maha Mariamman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat

26/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok...

Kes Adib: Polis Guna Mesin Poligraf Ke Atas Saksi Utama

20/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes arwah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd