• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 24 Tahun, 15 Sebatan Kerana Rogol, Liwat Anak

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bekas sarjan tentera dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya, di Taman Pelangi Indah, di sini, kira-kira jam 2 pagi pada 15 Mac 2016.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan ke atas remaja berkenaan tanpa kerelaannya sambil menggunakan kekerasan jenayah dengan meletakkan pedang samurai di leher mangsa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa memasukkan kemaluan dalam dubur mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dan didakwa mengikut Seksyen 377C kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Jailani Rahman menjatuhkan hukuman 18 tahun bermula daripada tarikh hukuman disabitkan dan 10 sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan lima sebatan.

Bagaimanapun hukuman penjara diperintahkan dijalankan serentak menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 15 sebatan.

Terdahulu dalam rayuan, tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan insaf dengan tindakannya, selain kesalahan itu adalah yang pertama.

Tertuduh yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia dua bulan hasil perkahwinan terbaru, juga memaklumkan kehilangan pencen dan gratuiti selepas diberhentikan kerja.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius, selain menyebabkan kesan trauma dan psikologi terhadap mangsa yang juga anak kandung yang sepatutnya dilindungi oleh tertuduh. – BH Online

Tags: kes liwatkes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd