• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kula Segaran Lawat Kuil Selewat-Lewatnya Petang Ini

oleh
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran akan ‘turun padang’ ke kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights selewat-lewatnya petang ini susulan kekecohan yang berlaku di kawasan itu.

Katanya beliau bukannya tidak mahu melawat tempat insiden namun terikat dengan jadual kerja ketat.

“Saya seharusnya ke sana semalam, tapi masih belum dapat masa yang sesuai, memang saya akan ke sana nanti..,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan segelintir masyarakat yang menyoal ketidakhadiran menteri berbangsa India dari Pakatan Harapan (PH) ke kawasan kuil sejak kekecohan semalam.

Kula Segaran bagaimanapun berkata pihaknya maklum akan perkara itu dan mengharapkan satu penyelesaian ‘menang-menang’ akan berlaku.

“Saya berharap perkara ini tidak berpanjangan dan dipohon agar perkara ini berakhir dengan satu penyelesaian menang-menang tidak lama lagi.

“Kita ada pihak polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan sehingga itu elakkan bertindak dengan emosi and jangan keruhkan situasi yang sedia ada,” katanya.

Awal pagi semalam, berlaku kekecohan di kuil berkenaan yang dikatakan berpunca daripada perselisihan antara dua kumpulan, malah kekecohan itu berlaku lagi lewat malam tadi.

Sehingga pagi tadi, 23 kenderaan telah dibakar serta sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dirosakkan dalam kejadian itu.

Susulan itu seramai 21 orang ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu.

Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat turut cedera parah akibat diserang dalam insiden itu malam tadi dan kini dirawat di sebuah hospital swasta dekat sini. – BERNAMA

Tags: M Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd