• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Kekecohan Kuil Semakin Reda

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights di sini awal pagi tadi dilihat telah semakin reda.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian sekitar 9 pagi ini mendapati jumlah orang ramai yang berkumpul sejak malam tadi semakin berkurangan dan tiada sebarang provokasi dilakukan.​​​​​​​

Keadaan hujan lebat yang turun sejak pukul 3 pagi ini turut dipercayai menjadi faktor jumlah orang ramai meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dua bangkai kenderaan yang dibakar awal pagi ini masih berada di tengah-tengah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di kedua-dua arah hingga menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar.

Ekoran kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden tersebut.

Difahamkan kekecohan tersebut tercetus berhubung isu perpindahan tapak kuil itu ke lokasi baharu.​​​​​​​

Insiden itu terus berlarutan hingga awal pagi tadi, apabila sebahagian orang ramai yang berkumpul sekali lagi membakar tiga bangkai kenderaan di tengah jalan sebelum sebahagian daripada mereka yang berkumpul di kuil bergerak ke Menara MCT yang menempatkan pejabat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City), kira-kira dua kilometer dari kuil itu, sebelum bertindak merosakkan harta benda termasuk memecahkan cermin bangunan dan kenderaan.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat parah dipercayai dipukul perusuh manakala sebuah jentera Bomba serta sebuah ambulan turut dirosakkan dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Kuil Sri Maha Mariamman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergerakan Pedati Dibenarkan Dengan Syarat Ketat

26/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves esok...

Kes Adib: Polis Guna Mesin Poligraf Ke Atas Saksi Utama

20/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes arwah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd