• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TEKUN Terus Perkasa Usahawan B40 Di MAHA

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah (B40), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menjemput anda ke Pavilion TEKUN di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, di sini.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif TEKUN, Datuk Baharom Embi berkata pelbagai produk pembiayaan dan perkhidmatan TEKUN ada di pavilion mereka termasuk pusat sehenti keusahawanan (PSK).

Baharom berkata PSK merupakan pusat rujukan setempat yang berperanan sebagai pusat penyimpanan data, mengumpul maklum balas serta memberi khidmat nasihat kepada para usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana.

Katanya, ke semua maklumat produk pembiayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan boleh diperolehi di kaunter PSK itu.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 sehingga kini, kami telah menyalurkan RM5.27 bilion kepada 417,542 orang usahawn mikro di seluruh negara.

“Pada 2018, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM300.4 juta kepada 16,751 usahwan mikro,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di MAHA di sini, hari ini.

Baharom berkata TEKUN akan terus memperkasakan agenda membangun usahawan Bumiputera dan komited untuk membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan.

Katanya, bidang perniagaan kini semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dan bagi yang kurang berkemampuan, pencarian modal merupakan isu besar yang dihadapi.

“Sebenarnya, terdapat banyak geran dan pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk para usahawan memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“TEKUN Nasional memainkan peranan sebagai agensi yang menguruskan dana itu bagi pembiayaan mudah dan cepat kepada usahawan mikro yang berpotensi,” katanya.

Tambah beliau, para usahawan yang menyertai program TEKUN akan diberikan khidmat bimbingan dan sokongan bagi memajukan lagi perniagaan yang dijalankan. – BERNAMA

Tags: MAHATekun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

Moratorium, ‘Overlapping’ Usahawan TEKUN Terkesan Banjir

20/01/2021
0

KUALA LUMPUR - TEKUN Nasional menawarkan Inisiatif Prihatin Banjir kepada usahawan TEKUN yang terkesan dengan banjir sehingga premis perniagaan terjejas,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd