• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu ‘E-Hailing’ Mesti Daftar Lesen PSV Tahun Depan

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pemandu perkhidmatan ‘e-hailing’ mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain mulai Januari tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.

“Peraturan ‘e-hailing ini telahpun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.

“Tarikh 12 Julai 2019, kita mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu e-hailing mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Loke mengadakan pertemuan dengan Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail di Bangunan Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Shamsubahrin dilaporkan berkata pemandu teksi syarikat itu tidak akan mengadakan bantahan terhadap Kementerian Pengangkutan sehingga 1 Jan 2019 susulan Loke memberi jaminan setiap pemandu e-hailing tidak terkecuali membuat pendaftaran lesen PSV sama seperti pemandu teksi mulai awal tahun depan.

Sementara itu, Loke menasihati pemandu ‘e-hailing’ agar tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar lesen PSV mereka.

Katanya, buat masa ini pendaftaran lesen pengendali untuk syarikat yang mahu melaksanakan perkhidmatan ‘e-hailing’ masih berjalan setelah mereka diberi tempoh berbuat demikian sejak Julai lepas.

Beliau yakin lebih banyak syarikat akan beralih kepada perkhidmatan tersebut memandangkan ia mempunyai pasaran yang lebih luas.

“Ia terbuka kepada mana-mana syarikat. Kita tidak mahu mana-mana satu company sahaja untuk monopoli perkhidmatan e-hailing ini.

“Kalau ada lebih banyak pemain dalam pasaran maka ini akan memberikan persaingan yang sihat dan juga memberikan kelebihan dan manfaat kepada pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: e-hailingPSV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd