• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Anak Musim Tengkujuh, Elak Tragedi – Tengku Abdullah

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai, kolam dan longkang besar supaya lebih peka mengawasi anak masing-masing menjelang musim tengkujuh.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia dapat mengelak daripada tragedi lemas yang berlaku sebelum ini berulang.

“Saya berharap rakyat dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing terutamanya pada musim tengkujuh dan air pasang besar.

“Banyak risiko wujud dari keadaan semasa ini memerlukan perhatian yang lebih serta sifat berjaga-jaga agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat,” titah baginda selepas melawat mangsa ribut di Kampung Pasir Panjang, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 25 rumah melibatkan 131 penduduk di sekitar Kampung Pasir Panjang, Ketapang Hilir, Tanjung Agas dan Pulau Tambun rosak dalam kejadian ribut dan angin kencang pukul 3.00 petang semalam.

Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar, menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua mangsa selain melihat sendiri secara dekat rumah-rumah yang rosak akibat kejadian itu

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Farizal Mohd Mokhtar, 38, berkata ketika kejadian dia terpaksa berlari keluar rumah dan melaungkan azan selepas ribut serta angin kencang tidak reda.

“Pada mulanya hujan turun lebat bersama guruh dan petir. Saya bersama lima ahli keluarga lain terdengar dentuman petir selama tiga kali berturut-turut sebelum nampak angin membentuk satu gerombolan kabus tebal datang merosakkan bumbung rumah.

“Ribut yang tidak berhenti selama setengah jam menyebabkan saya mengambil keputusan untuk laung azan walaupun di tengah hujan, sebelum ribut reda,” katanya.

Seorang lagi mangsa di kawasan sama, Wan Azemi Wan Su, 54, berkata, akibat kejadian itu rumah pusaka arwah ibunya musnah teruk di bahagian ruang tamu.

“Ketika kejadian saya berada di tempat kerja manakala isteri Noraini Talib, 54, ada di rumah kami yang terletak tidak jauh dari sini. Jiran yang hubungi memberitahu rumah kami hampir roboh kena ribut.

“Saya bersyukur sebab pada malam sebelum kejadian (Sabtu), ada kira-kira 15 ahli keluarga berkumpul di rumah pusaka mak tetapi mereka semua dah pulang ke rumah masing-masing pagi semalam,” katanya. – BERNAMA

Tags: musim tengkujuhTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

29/11/2022
0

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim Hidroelektrik Sungai Perak dan Skim Hidroelektrik...

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

Pemuda UMNO Cadang PRU15 Lebih Awal Sebelum Musim Tengkujuh

22/09/2022
0

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU) tidak diadakan semasa musim tengkujuh tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd