• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi Amanah Perak Ditawar Jawatan MB, Dipelawa Keluar PH

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi mendedahkan terdapat pemimpin UMNO Perak yang menawarkan jawatan Menteri Besar kepadanya dalam satu pertemuan pada 1 Nov lepas.

Asmuni dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata dalam pertemuan itu, pemimpin UMNO itu turut mempelawa beliau supaya meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan bersama-sama dengan PAS dan wakil rakyat Bersatu bagi membentuk kerajaan baharu.

“Saya tolak bulat-bulat tawaran yang dibuat oleh individu yang sangat dikenali itu. Individu itu yang pernah berjawatan tinggi dalam UMNO Perak telah bertemu dengan saya dengan membawa salam daripada Datuk Saarani Mohamad (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak) dan menawarkan jawatan Menteri Besar kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Asmuni menegaskan pihaknya serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti komponen PH di negeri ini berdiri teguh di belakang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seterusnya mendokong kerajaan yang ada pada hari ini.

“Tidak ada sebarang masalah yang boleh mencetuskan pertelingkahan dan kestabilan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri.

Semalam, media melaporkan UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa orang Exco Kerajaan Negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu didedahkan oleh Saarani dan mendakwa rancangan itu hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN Barisan Nasional supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.

Terdahulu, Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam satu kenyataan media hari ini mendesak kepimpinan PH Perak menyiasat dakwaan berkenaan dan jika benar tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak terbabit. – BERNAMA

Tags: AmanahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd