• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Ganas Di Kuil Bukan Perbalahan Antara Kaum

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor awal pagi ini bukan melibatkan perbalahan antara kaum, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada proses pengambilan tanah di kawasan tersebut yang dikatakan dibuat dengan “cara yang kurang menyenangkan” antara pemilik tanah dan pihak kuil.

“Mungkin pihak yang nak ambil alih mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk memudahkan mereka ambil alih kawasan tersebut. Ada kemungkinan mereka ini kumpulan samseng, dan pastilah kumpulan berbangsa India cuba mempertahankan (pencerobohan).

“Saya perlu jelaskan kerana ia menjadi satu isu sensitif (buat masa ini) dan saya tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan. Tak ada isu berkaitan pergaduhan antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara 2018 kepada 344 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir ​​​​​​​​​​​​​​Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi bermula selepas sekumpulan kira-kira 50 lelaki yang dipercayai bangsa Melayu telah menceroboh kuil itu lalu disedari beberapa penjaga kuil berbangsa India.

Beliau berkata penjaga kuil itu telah bertindak menghubungi rakan-rakannya bagi memaklumkan aksi pencerobohan itu, menyebabkan kira-kira 200 lelaki India tiba di tempat kejadian dan lalu mengepung kuil berkenaan.

“Ketika pengepungan berlaku, polis telah tiba di tempat kejadian. Suatu ketika kumpulan lelaki (yang menceroboh) itu cuba melarikan diri hingga berlaku perbalahan antara kedua-dua kumpulan.

“Akibatnya, tiga lelaki telah cedera manakala beberapa kenderaan turut dilaporkan terbakar,” katanya.

Noor Rashid berkata PDRM akan membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan iaitu membabitkan perbuatan pencerobohan kuil serta aksi ganas kumpulan terlibat hingga menyebabkan 18 buah kereta terbakar.

Beliau turut mengingatkan kesemua pihak supaya tidak tular sebarang berita tidak benar berhubung kejadian itu kerana dibimbangi boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita akan bertemu dengan pemimpin parti politik, ketua kampung dan ketua masyarakat di kawasan tersebut untuk menasihati dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku,” katanya sambil memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tetap berdegil untuk tular insiden itu khususnya melalui media sosial.

Mengulas berhubung penyebaran mesej yang kini tular di negara jiran dengan mendakwa Malaysia tidak selamat untuk dilawati pada 5 hingga 10 Dis depan, beliau berkata gambaran mesej itu tidak tepat.

“(Negara) kita masih selamat dan tiada sebarang perbalahan kaum. Polis masih mampu mengawal sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu.

Video yang memperlihatkian aksi ganas kedua-dua kumpulan itu dilaporkan kini viral dalam media sosial. – BERNAMA

Tags: kuilperbalahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd