• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuatkuasa Undang-Undang Bina Rumah Ibadat – Maza

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan digesa menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tegas ke atas rumah ibadat yang dibina tidak mengikut peraturan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kerajaan wajib menegakkan undang-undang dalam negara.

“Kerajaan yang lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau dibina secara haram.

“Kerajaan hari ini wajib menegaskan dan menegakkan peraturan dalam negara dan Malaysia bukan mengamalkan undang-undang rimba yang mana siapa saja boleh pacak rumah ibadat di mana dia suka,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian difahamkan susulan rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang, Selangor awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tujuh lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil Sri Mariamman di USJ25, Putra Heights sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil terbabit menjadi punca pergaduhan.

Mohd Asri berkata, beliau kesal apabila jumlah rumah ibadat yang dibina dalam negara tidak seimbang dengan taburan penganut.

“Kadang kala, tempat yang dibina rumah ibadat itu pula memang mengganggu kemudahan awam seperti yang kita lihat di pintu masuk Hospital Bukit Mertajam dan pihak berkuasa hanya berdiam.

“Satu tindakan tegas hendaklah dibuat, apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan dan peliknya, apabila dibina secara salah kemudian diminta berpindah, mereka menuntut pula pampasan dan tanah baru,” katanya.

Beliau berkata, selepas apa yang dilakukan oleh kerajaan, masih ada yang mendakwa kononnya mereka tertindas dan dipaksa tukar agama. – BH ONLINE

Tags: Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidinrumah ibadat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

‘Kuil Sri Maha Mariamman Perlu Pindah Kerana Dibina Secara Tidak Sah Atas Tanah Milik Syarikat’

19/05/2024
0

KULIM: Kerajaan Kedah menegaskan ia tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat di negeri ini tanpa alasan munasabah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd