• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zara Tidak Dibawa Ke Mahkamah Jenayah Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap suami seorang pengasuh dalam kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal ​​​​​atau Zara tidak dijalankan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana ia dikategorikan sebagai kes bunuh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata lelaki itu telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Saya rasa buat masa ini saya tak nampak untuk bawa ke (mahkamah) jenayah kanak-kanak sebab walaupun melibatkan mangsanya adalah kanak-kanak, tetapi ia lebih pada jenayah pembunuhan yang sepatutnya dibawa ke mahkamah biasa,” kata Mohamed Hanipa dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang ingin tahu sekiranya pendakwaan suspek boleh dilanjutkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Sebelum ini, media melaporkan Nur Muazara Ulfa meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya yang bekerja sebagai tukang gunting rambut.

Jumaat lepas di Mahkamah Majistret Kajang, Hazmi Majid, 36, didakwa telah membunuh dan menyebabkan kematian bayi perempuan itu di sebuah rumah di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, 7 Nov lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd