• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil : Waytha Moorthy Minta Rakyat Bertenang

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi ini.

Mengambil maklum kejadian berkenaan dan telah menerima pelbagai maklumat serta rakaman video yang tular berhubung kekecohan itu, Waytha Moorthy berkata beliau telah menghubungi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengenai insiden tersebut.

“YB Menteri telah membangkitkan keprihatinan masyarakat terhadap rusuhan yang menjadi ancaman terhadap keamanan dan ketenteraman masyarakat pelbagai bangsa dan agama serta mengancam kebebasan agama,” demikian menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, Tmbalan Ketua Polis Negara berjanji melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu.

Waytha Moorthy turut melahirkan kebimbangan berhubung pelbagai sebaran berita tidak benar berhubung kejadian itu, yang boleh menimbulkan ketegangan emosi dalam kalangan masyarakat.

Sehingga kini, tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan polis berhubung kekecohan yang dikatakan berpunca daripada perselisihan antara dua kumpulan hingga menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar. – BERNAMA

Tags: kuil hinduSenator P. Waytha Moorthy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Adib Satu Tragedi “Malaysia Baharu”

18/12/2018
0

PERGINYA anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke Rahmatullah semalam akibat cedera parah dipukul perusuh Hindu pada November lalu ialah...

Kematian Adib Tambah Tekanan Pada Kerajaan PH

18/12/2018
0

KEMATIAN anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Pakatan Harapan agar bertindak tegas terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd