• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan harga minyak mentah meneruskan aliran rendah dengan mencecah paras terendah dalam tempoh 11 bulan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1940/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Setakat 9 pagi ini, minyak mentah Brent berada pada US$59.48 setong berbanding US$62.60 setong pada Jumaat lepas.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata penurunan harga minyak mentah mendorong ringgit susut ditambah dengan ketidaktentuan pasaran global yang memperlahankan pelaburan akan datang.

“Ketegangan perdagangan berlanjutan antara AS dan China telah menjejaskan pasaran pesat membangun termasuk Malaysia, dan hasil perbincangan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Argentina minggu ini akan memberi kesan kepada pergerakan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Trump dan Xi dijangka bertemu di Sidang Kemuncak G20 dan pelabur mengharapkan kedua-duanya bersetuju untuk menghentikan ketegangan berkaitan kenaikan tarif perdagangan.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0486/0534 daripada 3.0489/0530 ketika ditutup pada Jumaat lepas selain stabil berbanding yen Jepun kepada 3.7118/7169 daripada 3.7150/ 7189.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 4.7539/7600 daripada 4.7680/7730 serta tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3683/3772 daripada 5.3855/3927. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd