• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan ‘Damage Control’ Dikeluarkan Tahun Depan – Tun M

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Laporan penuh mengenai `damage control’ yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh kerajaan; kedua-duanya…berhubung hutang besar yang perlu kita tanggung dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.

“Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan akan dikeluarkan tahun depan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik, di sini, malam ini.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden persatuan itu, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Yayasan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi jaminan bahawa Malaysia akan muncul semula sebagai Harimau Asia, di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami sedang muncul kembali, dengan syarat kita bekerja keras, jujur, tidak dipengaruhi oleh rasuah dan kita tidak mencuri wang, maka saya yakin kita sekali lagi akan muncul sebagai Asian Tiger,” katanya.

Dr Mahathir juga memuji kakitangan awam kerana kegemilangan Malaysia semasa penggal pertama pentadbirannya, dengan menyatakan bahawa kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi dengan pentadbiran ketika itu membantu negara mencapai kejayaan.

“Saya bersyukur dalam tempoh 22 tahun itu, saya tidak hadapi masalah. Sebarang keputusan saya buat, saya yakin akan dilaksanakan oleh kakitangan awam.

“Kerjasama mantap daripada PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sebagai jentera kerajaan itulah yang menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asian Tiger,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd