• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Desakan Menteri Dikenakan Tindakan Tegas

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Semakin banyak pihak tampil membuat gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dikenakan tindakan tegas susulan penularan klip video berdurasi dua minit 30 saat yang disifatkan keterlaluan.

Terbaharu, laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Bahagian Pontian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Ketuanya, Mohd Helmi Buang berkata, walaupun video tersebut dikatakan dirakam 10 tahun yang lalu, namun kenyataan Pengerusi Hindraf itu telah memburukkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni di mata dunia.

Menurutnya, Waytha Moorthy perlu disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 ( Sosma).

“Kenyataan dalam video itu sangat mendukacitakan dan menggores hati rakyat Malaysia,” katanya.

Mohd Helmi berkata, beliau berharap agar pihak berkuasa tidak memandang remah laporan polis yang dibuat pelbagai sejak isu berkenaan timbul.

Katanya, pucuk pimpinan tertinggi negara perlu melucutkan jawatan Waytha Moorthy yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Walaupun sudah berulang kali desakan dibuat ke atas Waytha Moorthy untuk letak jawatan dan mohon maaf tetapi ia tidak pernah berlaku.

“Tidak timbul isu untuk memberikan peluang kononnya beliau masih baharu dalam pentadbiran ekoran individu terbabit sebelum ini didakwa pernah dilantik sebagai menteri,” katanya.

Tambahnya, lagi sehingga kini Waytha Moorty tidak pernah menarik balik kenyataan mahupun meminta maaf.

Justeru katanya, jika tiada sebarang tindakan dan siasatan dibuat ke atas Waytha Moorthy, perkara sama dibimbangi akan berulang pada masa akan datang.

“Kami sebagai rakyat Malaysia sangat sayang kepada negara dan mahu keadaan aman terus kekal. Berikan pengajaran setimpal kepadanya supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Helmi berkata, 122 cawangan Umno Bahagian Pontian akan digerakkan ke Perhimpunan Kebangkitan Ummah pada 8 Disember ini.

Katanya, meskipun kerajaan PH sudah mengeluarkan kenyataan tidak akan mengiktiraf ICERD namun perhimpunan berkenaan perlu diteruskan.

Ini kerana, pengumuman yang dibuat tentang ICERD masih belum ada kepastiannya sehingga kerajaan melakukannya mengikut prosedur tetap iaitu memasukkannya ke dalam hansard Parlimen.

“Kita di peringkat akar umbi tidak mahu dipermainkan dengan keputusan yang dibuat kerajaan dalam jangka masa singkat ini sedangkan sebelum ini pelbagai kenyataan telah diberikan berhubung ICERD termasuk ada yang menyokongnya.

“Oleh itu, kami berpendapat perhimpunan menolak ICERD ini perlu diteruskan. Ini bukan soal parti, tetapi soal agama dan bangsa yang tidak boleh dipandang remeh,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: ICERDSenator P. Waytha Moorthy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd