• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Juara Piala Agong 2018

oleh
25/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018 selepas menewaskan Kelantan 47-45 dalam perlawanan pentas akhir yang sengit, berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Sabah yang dibimbing bekas pemain berpengalaman dari New Zealand, Brad Mika tidak menunggu lama untuk berada di depan seawal 30 saat perlawanan bermula apabila Mohamad Safwan Abdullah berjaya melakukan trai dan Muhamad Amirul Aqil Kamsol melengkapkan conversion untuk mendahului 7-0.

Tersentak dengan itu, Kelantan yang dibarisi beberapa pemain skuad ragbi tujuh sepasukan (7’s) negara termasuk kapten kebangsaan, Mohd Syahir Asraf Rosli mula memperkemas permainan dan hasilnya mereka pula berjaya mendahului hasil sepakan penalti Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi pada minit ke-12, seterusnya trai Muhammad Ikwan Akmal Zulkipli dan conversion Azwan menjadikan Kelantan mendahului 10-7.

Sabah kemudian berjaya memperoleh dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Charles Luke pada minit ke-29 dan ke-35 serta satu trai oleh Helbarth Jemlit dan conversion yang disempurnakan oleh Luke untuk mendahului 20 -10.

Namun, sebelum menuju bilik persalinan pada separuh masa pertama, Kelantan sekali lagi di depan hasil dua trai oleh Zulkiflee Azmi pada minit ke-31 dan conversion Azwan serta Wan Azley Wan Omar pada minit ke-36 dan sekali lagi conversion Azwan menjadikan kedudukan 20-24.

Bermula babak kedua, Sabah tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan apabila menguasai hampir keseluruhan perlawanan yang menyaksikan mereka menyumpurnakan dua sepakan penalti serta trai Serupepeli Naqasima dan Muhammad Safwan untuk Sabah pada minit ke-60 dan ke-70 disusuli conversion Amirul untuk meletakkan Sabah mendahului 40-24.

Sabah menggandakan asakan dan akhirnya menambah satu lagi trai menerusi Naqasima pada minit ke-70 dan conversion Amirul menjadikan Sabah kembali memimpin perlawanan dengan mata 47-24.

Kelantan cuba bangkit dengan berjaya melakukan tiga trai menerusi Mohamad Khairul Abdillah (minit ke-45), Muhammad Zulhisyam Rasli (minit ke-74) dan Mohd Syahir Asyraf (minit ke-80) dan tiga conversion yang disempurnakan pemain Kelantan untuk menjadikan kedudukan 47-45 dan keputusan itu kekal sehingga wiset penamat ditiup.

Sebagai juara, Sabah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, medal berserta trofi manakala naib juara, Kelantan pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan medal.

Kejuaraan ini adalah yang kelima diraih Sabah di mana kali terakhir mereka menjulang Piala Agong adalah pada 2015. – BERNAMA

Tags: Piala Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Tumbangkan Juara Bertahan Johor

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Johor 32-27 pada aksi separuh akhir Piala...

N.Sembilan Mahu Rampas Piala Agong Dari Perak

06/10/2016
0

SEREMBAN - Negeri Sembilan berazam merampas Piala Agong apabila berdepan Perak pada perlawanan pembukaan tirai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd