• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Terengganu Lulus Usul Tolak Ratifikasi ICERD

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 hari ini meluluskan sebulat suara usul tergempar menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).​​​​​​​

Usul dikemukakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi kemudiannya disokong dan dibahaskan ADUN Tepuh Hishamuddin Abdul Karim.

​​​​​​​Ketika membentangan usul berkenaan, Muhammad Khalil berkata beliau mengambil maklum berkenaan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat lalu untuk tidak meratifikasi ICERD namun terdapat kenyataan susulan di kalangan menteri kabinet yang masih lagi kabur dan membimbangkan.

‘Saya mengusulkan kepada dewan yang mulia ini agar menerima usul ini untuk dirundingkan. Ia (meratifikasi) adalah langkah ke belakang, membahayakan masa depan negara dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

“Isu ini melibatkan perkara-perkara tertentu kerana melibatkan pencabulan kontrak sosial yang telah dipersetujui semua kaum, melibatkan kepentingan orang ramai apabila melibatkan isu hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh pelanggaran kedaulatan institusi istana dalam melibatkan perkara berkaitan agama Islam dan hak istimewa Melayu,” katanya.

Perbahasan isu itu berlangsung kira-kira 15 minit dan Yang Dipertua DUN Terengganu Yahaya Ali hanya membenarkan seorang sahaja berbahas dan ia diluluskan tanpa bantahan daripada semua 32 ADUN iaitu 22 orang mewakili PAS dan 10 Barisan Nasional (BN).

Hari ini merupakan sidang pertama DUN Terengganu dan akan berakhir pada Khamis ini. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd