• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lori Rempuh Konvoi Motosikal, Seorang Maut, Enam Parah

oleh
25/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang maut, enam cedera parah apabila sebuah lori merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di Km 405 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Lembah Beringin dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, konvoi lapan motosikal yang ditunggang sekumpulan remaja berusia 20-an dipercayai berhenti di lorong kecemasan setelah bergesel sesama sendiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Yusuf Ali berkata lori itu yang datang dari arah sama turut merempuh sebuah kereta Proton Exora di lorong kecemasan itu

“Kereta itu berhenti bagi membantu konvoi motosikal yang terlibat kemalangan.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki manakala enam yang parah terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Pemandu lori dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah identiti mangsa sehingga kini masih belum diperoleh.

Beliau berkata seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi.

Menurut Twitter rasmi PLUS, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dan kesemua lorong telah dibuka pukul 1 petang ini. — BERNAMA

Tags: kemalangankonvoi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd