• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Percuma Hanya Pada B40 Bukan Sebab Pengambilalihan SPLASH

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor menolak dakwaan rancangan untuk menawarkan air percuma 25 meter padu hanya kepada kumpulan B40 berbanding kepada semua penduduk di negeri itu ketika ini dibuat susulan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menegaskan pengambilalihan tersebut langsung tidak membabitkan sebarang peruntukan kewangan dari negeri tersebut sebaliknya ianya diambilalih oleh Air Selangor, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan kerajaan negeri Selangor melalui pinjaman yang dibuat daripada kerajaan Persekutuan.

“Jadi (program pemberian air percuma) itu tak mempunyai kaitan dengan kesan pengambilalihan SPLASH sebagaimana anggapan beberapa pihak,” katanya kepada media selepas Majlis Program Agihan Perdana Bantuan Pendidikan Asnaf Fakir & Miskin Lembaga Zakat Selangor Sesi 2018 di sini hari in8

Ogos lalu, Air Selangor telah mengumumkan pengambilalihan SPLASH dengan nilai RM2.55 bilion yang mengakhiri episod penstrukturan air Selangor yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Namun bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata keputusan kerajaan Selangor dalam pemberian air percuma hanya kepada golongan B40 tidak mengejutkan malah sudah dijangkakannya terutama selepas kerajaan negeri membuat keputusan membayar RM2.55 bilion kepada SPLASH.

Abdul Khalid menganggap bayaran melebihi 10 kali ganda dari tawaran yang beliau lakukan ketika memegang jawatan Menteri Besar Selangor dahulu akan memberi beban yang besar kepada kerajaan negeri.

Berkenaan mekanisme pemberian air percuma kepada golongan B40 sebagaimana yang dibentangkan Amirudin pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019 di Bangunan Dewan Negeri Selangor Jumaat lalu, Menteri Besar itu berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Air Selangor.

“Kita akan lihat mekanisme tertentu dari segi permohonan dan sebagainya dan saya akan bincang dengan Air Selangor mengenai mekanisme terbaik bagi pelaksanaan program ini,” katanya.

Amirudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata pihaknya juga sedang meneliti untuk kaedah terbaik pemberian air percuma selain daripada golongan B40.

“Kita akan lihat mekanisme tertentu melalui data-data akaun air yang kita ada yang mana mereka yang tidak termasuk dalam B40 tetapi layak mengikut syarat-syarat tertentu yang akan nanti diputuskan,” katanya.

Dalam pada itu katanya beliau menjangkakan keputusan mekanisme pemberian air percuma tersebut akan diumunkan menjelang Mac atau April tahun hadapan.

Dalam pada itu, Lembaga Zakat Selangor hari ini memperuntukkan RM33.2 juta kepada lebih 60,000 orang anak-anak fakir dan miskin di seluruh Selangor bagi membiayai persiapan persekolahan sesi 2019 dalam bentuk bantuan kelengkapan dan yuran persekolahan. – BERNAMA

Tags: Amirudin ShariSplash
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

MB Selangor Saman MB Kedah

MB Selangor Saman MB Kedah

04/08/2023
0

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd