• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Gempar Lelaki Cuba Terjun Dari Tingkat 6 Suria KLCC

oleh
25/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pengunjung di pusat membeli belah Suria KLCC di sini gempar hari ini apabila seorang lelaki dilihat cuba terjun dari tingkat enam pusat membeli belah itu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, lelaki berusia 40-an yang berdiri di bahagian penghadang koridor utama pusat membeli belah itu bertindak mengugut untuk terjun apabila didekati beberapa individu.

Lelaki berkenaan turut melakukan aksi-aksi berbahaya antaranya menghulurkan sebelah kaki ke bawah serta memegang penghadang dengan sebelah tangan apabila cuba dipujuk.

Selepas lebih dua jam, lebih 10 anggota keselamatan terdiri daripada bomba dan polis berjaya menyelamatkan lelaki itu.

Ketika dia leka dipujuk, beberapa anggota lain bomba dan keselamatan itu dengan pantas menerpa ke arahnya dan memegang erat tubuhnya.

Tindakan cekap pasukan keselamatan mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 pengunjung pusat membeli belah itu.

Seorang saksi wanita dikenali sebagai Adeq, 35, berkata beliau terkejut apabila melihat seorang cuba terjun dari tingkat atas pusat membeli belah itu.

“Saya dan ahli keluarga datang dari Senawang, Negeri Sembilan untuk membeli barang keperluan, sekarang semua tergendala apabila ada kejadian ini.

“Kami tidak boleh pergi ke kawasan kedai kerana dihalang oleh pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian pukul 5.02 petang. – BERNAMA

Tags: bunuh diri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd