• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gereja Singapura Kesal Hiasan Krismas ‘Puja’ Disney

oleh
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS) pada Jumaat lalu menyifatkan hiasan lampu berwarna-warni sempena perayaan Krismas di sekitar Orchard Road sebagai “mengecewakan”.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan keadaan tersebut telah letak fokus eksklusif sambutan itu kepada watak Disney. Ini sekali gus menyimpang daripada makna sebenar di sebalik perayaan itu.

Dalam surat dikirimkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Keith Tan, NCCS menyatakan bahawa ia “sangat prihatin” tentang “unsur sekularisme dan pengkomersialan sambutan Krismas”.

Mereka juga bangkit isu bagaimana hiasan lampu Disney sebagai satu bentuk pemasaran “secara berlebih-lebihan” seolah-olah puja watak tersebut berbanding ikon lazim perayaan berkenaan, Santa Claus yang lebih bersesuaian.

“Kerana Krismas sememangnya perayaan agama, ia tidak boleh dilihat sebagai cara jana pendapatan atau peluang pemasaran jenama komersial,” tulis surat ditandatangani Setiausaha Agung NCCS, Reverend Ngoei Foong Nghian.

Tahun ini merupakan kali pertama hiasan di Orchard Road bertemakan Disney dalam acara tahunan yang kini cecah 35 tahun. Jalan diuruskan Majlis Bandaran Tanjong Pagar itu cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing.

Projek unik melibatkan kawasan seluas hampir satu kilometer persegi itu merupakan hasil kerjasama erat antara syarikat The Walt Disney rantau Asia Tenggara, Persatuan Perniagaan Orchard Road dengan pihak STB.

Hiasan lampu dinyalakan sepanjang 2.88 kilometer Orchard Road – dari Tanglin Mall ke Plaza Singapura – sejak 10 November lalu. Ia menampilkan watak-watak Disney dan Pixar seperti Mickey Mouse, Cinderella, Elsa dan Woody.

Dalam suratnya bertarikh 19 November dan turut dimuat naik ke laman NCCS, Ngoei berkata mereka prihatin tentang hiasan lampu berkenaan – kerana secara eksklusif menumpukan perhatian kepada watak-watak Disney.

“Walhal ia tiada kaitan bermakna dengan Krismas, hari sempena rai kelahiran Jesus Christ. Ia disambut secara luas di Singapura dan banyak lagi tempat di merata dunia oleh mereka yang bukan penganut Kristian,” tulis beliau.

“Kami juga faham kepentingan STB dan Persatuan Perniagaan Orchard Road memanfaatkan suasana perayaan yang berkait dengan Krismas bagi menarik lebih ramai pelancong dan rakyat Singapura ke Orchard Road,” tambahnya.

Dengan meletakkan tumpuan kepada watak-watak popular Disney tersebut, bagaimanapun, “makna sebenar Krismas seolah-olah terkubur di bawah kegiatan pemasaran komersial secara besar-besaran ini,” tulis Ngoei.

Beliau menjelaskan bahawa majlis gereja tersebut “umumnya tidak menentang penggunaan watak Disney”, tetapi hairan mengapa tumpuan hanya diletakkan kepada Disney sedangkan “Krismas nyatanya satu perayaan agama”.

Ngoei berharap pihak STB akan mengambil kira pandangan NCCS, terutama sekali berkenaan kontrak kerjasama selama tiga tahunnya dengan syarikat Disney, yang diumumkan pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: disneykrismasSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd