• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Autisme: Ibu Bapa Perlu Lebih Peka

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak-anak mereka bagi memastikan simptom gejala autisme dapat dikesan lebih awal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata kerana kegagalan mengesan tanda-tanda itu di peringkat awal menyebabkan hanya 20,000 individu yang mempunyai gejala autisme berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbanding anggaran 300,000 yang berdepan masalah itu di seluruh negara ketika ini.

“Sesetengah ibu bapa tidak dapat mengenal pasti simptom autisme, menyebabkan mereka beranggapan anak mereka hanya belajar dengan lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain dan ada juga ibu bapa yang tidak mahu mendaftarkan anak mereka sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami juga berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membantu menyebarkan kesedaran mengenai autisme di kawasan luar bandar dan menjadikan ujian saringan pengesanannya boleh diakses dengan lebih mudah oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya yang ditemui selepas program Danajamin Mighty Run 2018, di sini hari ini.

Yeoh berkata ibu bapa yang ingin menjalankan ujian saringan pengesanan simptom autisme boleh melakukannya di hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran di mana ia boleh dikesan seawal usia 18 bulan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan.

Ibu Bapa Perlu Lebih Peka Simptom Gejala Autisme

Dalam pada itu, Danajamin Mighty Run 2018, yang telah dianjurkan buat kali ketiga bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autisme, telah disertai 2,500 peserta dan berjaya mengutip RM110,000 bagi disumbangkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Sumbangan berkenaan telah disampaikan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Mohamed Nazri Omar kepada Pengerusi NASOM Feilina Feisol.

“Acara seperti ini sememangnya dapat membantu NASOM untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme,” kata Yeoh.

Dalam dua program Danajamin Mighty Run sebelum ini iaitu pada 2016 dan 2017, sumbangan kepada NASOM telah membantu persatuan itu untuk menambah baik Pusat Vokasionalnya di Bandar Puteri, Kelang dan membina bilik Snoezelen, iaitu kemudahan untuk terapi individu dengan gejala autisme, di pusat pencegahannya (early intervention centre), di Gombak. – BERNAMA

Tags: autismeibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bakar Ibu Mertua Sebelum Rentung

Next Post

Menteri Integriti Politik Lemah Mungkin Disingkir

Related Posts

Autisme Tidak Halang Aziq Raih 8A Dalam SPM

Autisme Tidak Halang Aziq Raih 8A Dalam SPM

08/06/2023
0

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang mencapai kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

Next Post

Menteri Integriti Politik Lemah Mungkin Disingkir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd