• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal ICERD Tapi Himpunan Tetap Diteruskan

oleh
23/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKAL… Himpunan besar-besaran bantah usaha ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini, tetap diterus.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, walaupun kerajaan telah keluarkan kenyataan tidak akan ratifikasi ICERD, himpunan yang bakal himpun puluhan ribu rakyat itu akan tetap berjalan.

“UMMAH akan kekal meneruskan himpunan secara aman ini seperti mana sudah dirancang lebih awal tetapi kali ini untuk lahir rasa kesyukuran atas kejayaan desakan rakyat sehingga kerajaan terpaksa tolak perakui ICERD.

“Himpunan ini juga bertujuan untuk beri peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mana-mana pihak supaya jangan main isu agama Islam dan bangsa Melayu,” katanya disiarkan menerusi portal Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, himpunan tersebut akan menampakkan suara daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mewakili rakyat dan bukan pemimpin politik.

“Banyak lagi isu-isu lain yang sedang dimainkan oleh golongan anti-Islam dan anti-Melayu ini, justeru ia perlu dilemahkan sebelum jadi lebih teruk. Himpunan ini akan menjelaskan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Kerajaan PH hari ini menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya secara rasmi menyatakan pendirian tidak ratifikasi ICERD setelah desakan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang dari kalangan UMNO dan PAS.

“Pihak kerajaan akan terus pertahan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” katanya kenyataan berkenaan.

Isu ICERD timbul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorty umum kerajaan PH akan perakui konvensyen tersebut sebelum dinafikan pula oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Sebaliknya Pengerusi PH itu berdolak dalik konon akan dapat pandangan pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum berlaku bantahan daripada umat Islam ekoran tular video lama pemimpin badan hak asasi Hindu Hindraf tersebut.

Banyak laporan polis dibuat kerana Waytha Moorthy jelas fitnah apabila diwawancara eksklusif stesen televisyen Belanda konon etnik India di Malaysia teruk dizalimi ketika era kerajaan terdahulu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd