• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,000 Ikan Terancam, China Henti Bina Jambatan

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – China menghentikan pembinaan sebuah jambatan di wilayah Hubei selepas dikatakan menyebabkan kira-kira 6,000 ikan sturgeon China yang terancam mati, kata China Daily, memetik kementerian pertanian.

Pasukan penyiasat mendapati projek pembinaan di bandar Jingzhou itu menyalahi undang-undang dan dibina secara haram di rizab alam semula jadi yang dilindungi, kata akhbar itu.

Difahamkan, ikan itu dibiakkan di sebuah ‘aquafarm’ di Jingzhou. Ikan-ikan itu dipercayai mati akibat kejutan, bunyi bising dan perubahan sumber air yang dihasilkan oleh projek jambatan berkenaan.

Sturgeon China di ambang kepupusan akibat pencemaran, penangkapan ikan yang berlebihan dan pembinaan empangan hidroelektrik besar-besaran di sepanjang sungai Yangtze.

Pembangunan melampau sungai turut menjejaskan populasi spesies porpoise Yangtze selain menyebabkan kepupusan ikan lumba-lumba baiji yang turut dikenali sebagai ‘ikan duyung Yangtze’.

Sejumlah 1,085 haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang berasal dari China disenarai merah sebagai ‘spesies terancam’ global oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar.

Menurut laporan yang diterbitkan tahun lalu oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) China, 738 spesies yang dilindungi mencatatkan penurunan dari 2000 hingga 2015, dengan hanya 102 peningkatan sepanjang tempoh itu. – Reuters/myMetro Online

Tags: Ikanjambatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

10/01/2026
0

LIPIS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis mengesahkan Jambatan Padang Tengku di Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008) selamat dan boleh...

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

12/11/2025
0

Oleh Mynewshub  Maerkang, Provinsi Sichuan (11 November 2025) – Sebahagian daripada Jambatan Hongqi sepanjang kira-kira 758 meter di provinsi barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd