• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

180 Hektar Tanah Dijual Lunas Hutang First Dairy

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu 180 hektar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada First Dairy Farm untuk menjalankan projek tenusu terpaksa dijual bagi melunaskan hutang syarikat tersebut yang berjumlah RM31 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata penjualan itu diusulkan oleh pihak bank selepas tanah tersebut dicagarkan oleh First Dairy Farm bagi mendapatkan pembiayaan untuk melaksanakan projek berkenaan.

“Kerajaan negeri terpaksa bersetuju dengan cadangan itu dengan syarat semua hutang kerajaan negeri dilupuskan dan ia dipersetujui oleh pihak bank,” katanya menjawab soalan Andasura Rabu (PAS-Beserah), di sini.

Menurut Mohd Soffi, tanah tersebut diberi kepada First Dairy Farm pada 2002 dan pada 2009 kerajaan negeri meluluskan tambahan tanah seluas 728 hektar lagi kepada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun pada 2007 syarikat itu memohon kepada kerajaan negeri untuk mencagarkan tanah seluas 180 hektar tersebut kepada bank berikutan masalah kewangan yang dihadapinya, kata Mohd Soffi, menambah tanah seluas 728 hektar yang diluluskan sebelum itu dibatalkan pajakannya.

Mengulas lanjut, Mohd Soffi berkata projek tenusu berskala besar tersebut tidak gagal sepenuhnya kerana menerusinya wujud The Holstein Milk Company Sdn Bhd yang kini menerajui Pahang Dairy Valley dan menjadi kebanggaan penduduk Muadzam Shah.

Berdasarkan prestasi semasa The Holstein, kerajaan negeri yakin Pahang Dairy Valley mampu mencapai sasaran pengeluaran 40 juta liter susu menjelang 2025, katanya.

Pahang Dairy Valley merangkumi daerah Rompin, Pekan dan Kuantan bertujuan menjadikan Pahang antara pengeluar tenusu utama negara. – BERNAMA

Tags: tenusu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Sasar Setiap Rakyat Minum 50 Liter Susu Setahun

11/03/2017
0

ROMPIN - Kerajaan bakal menubuhkan Lembaga Tenusu tahun hadapan bagi menggalakkan rakyat Malaysia lebih kerap minum susu segar, kata Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd