• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIA Belum Buat Rumusan Kes Bunuh Khashoggi

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Agensi Perisikan Pusat (CIA) belum membuat sebarang rumusan berhubung kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis.

“Mereka (CIA) belum membuat sebarang rumusan,” kata Trump kepada pemberita di pusat peranginan miliknya, Mar-a-Lago, di negeri Florida.

“Tiada siapa yang membuat rumusan. Saya tidak tahu jika sesiapa boleh membuat rumuhsan bahawa putera mahkota melakukannya,” kata beliau.

Kenyataan Trump dibuat beberapa hari selepas media AS, merujuk kenyataan orang dalam, melaporkan bahawa CIA telah membuat rumusan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah mengarahkan pembunuhan Khashoggi, manakala putera mahkota sendiri terus menafikan dakwaan itu.

Setelah menerima satu laporan daripada CIA berhubung pembunuhan itu, Trump memaklumkan pemberita bahawa CIA telah membangkitkan “beberapa perkara tertentu” namun tidak membuat sebarang rumusan.

“Mereka (CIA) berkata baginda (putera mahkota) mungkin melakukannya,” kata beliau.

Khashoggi telah hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Okt.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata Khashoggi terbunuh dalam satu “pergaduhan” di konsulatnya.

Selepas mengeluarkan hasil siasatan awal, pihak pendakwaan Arab Saudi mengumumkan bahawa 18 rakyat negara itu telah diberkas berhubung pembunuhan tersebut.

Perbendaharaan As telah mengenakan sekatan ke atas 17 individu yang didakwa memainkan peranan dalam pembunuhan Khashoggi minggu lepas, susulan keputusan Jabatan Negara AS di akhir Oktober bagi membatalkan visa 21 suspek rakyat Arab Saudi. – BERNAMA

Tags: Jamal Khashoggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akhbar Turki Dedah Transkrip Saat Akhir Kematian Khashoggi

11/09/2019
0

ANKARA - Akhbar Turki telah menerbitkan transkrip butiran baharu saat-saat akhir pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Pengkritik kerajaan Arab Saudi itu...

Jamal Khashoggi Dicalon Tokoh 2018 Majalah Time

12/12/2018
0

ANKARA - Wartawan Arab Saudi yang dibunuh, Jamal Khashoggi, berada dalam senarai pendek Tokoh 2018 majalah Time, menurut pengumuman penerbitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd