• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Lelaki Leka Berlumba Haram Ditahan

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan enam lelaki yang sedang berlumba haram dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 10 malam dan tamat lapan jam kemudian itu, polis menahan enam lelaki berusia 15 hingga 23 tahun yang sedang berlumba haram di lebuh raya berkenaan.

“Polis menjalankan intipan dan penyamaran sebelum menahan enam lelaki termasuk dua remaja yang sudah tidak bersekolah itu dan mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Namun tindakan pantas kami yang terlebih dahulu mengepung kawasan itu telah berjaya menahan semua mereka yang bekerja kilang dan bekerja sendiri,” katanya di sini hari ini.

Katanya mereka bukan sahaja berlumba haram malah melakukan pelbagai aksi berbahaya antaranya menundukkan badan, zig-zag dan meniarap atas motosikal.

Noorzainy berkata tindakan mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah kepada pengguna jalan raya lain dan boleh menyebabkan berlaku kemalangan.

Katanya polis akan meneruskan operasi samseng jalanan dan mengambil tindakan tegas serta proaktif ke atas mat rempit yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai lokasi berlumba haram.

“Saya juga menyeru ibu bapa dan penjaga agar mengawasi serta menasihatkan anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan mereka cedera dalam kemalangan malah menjejaskan masa depan anak muda jika ditahan polis,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan samseng jalanan atau lumba haram agar menghubungi polis bagi menyalurkan maklumat dalam usaha membantu membendung kegiatan tersebut. – BERNAMA

Tags: lumba haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

21/07/2024
1

ALOR GAJAH : Seramai 23 lelaki termasuk pelajar sekolah terpaksa 'menapak' sejauh kira-kira tiga kilometer sambil menyorong motosikal selepas ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd