• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Banding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1950/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1940/1980 ketika ditutup semalam.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata risiko global yang tidak menentu dan penurunan harga minyak mentah menyebabkan kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran.

“Tumpuan kekal kepada mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Argentina minggu depan, yang mendorong pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pertemuan penting itu, yang mempunyai risiko kepada peniaga,” katanya kepada Bernama.

Pada 9.15 pagi, minyak mentah Brent merekodkan harga US$62.60 setong.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0594 daripada 3.0526/0560 ketika ditutup semalam, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7117/7166 daripada 3.7131/7177.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.7848/7898 daripada 4.7824/7874 yang dicatatkan semalam dan lemah berbanding pound Britain keada 5.4015/4071 daripada 5.3629/3705. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd