• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba KL Siap Sedia Sepanjang Sambutan Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 330 anggota bomba melibatkan 17 balai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur akan bertugas sepanjang Tahun Baharu Cina ini sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kes kebakaran.

Pengarahnya Khirudin Drahman berkata kejadian kebakaran yang berlaku pada musim perayaan adalah disebabkan pertambahan aktiviti manusia pada ketika itu berbanding hari biasa.

“Sebagai contoh pembakaran colok juga boleh mengundang kebakaran. Sebenarnya, menjelang musim perayaan bomba sentiasa menggandakan kempen mencegah kebakaran dengan kerjasama pihak berkuasa seperti polis dan rondaan raya,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Jalan Maharajalela, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membuat rondaan musim perayaan itu mulai hari ini sehingga Selasa depan.

“Mereka akan bertugas mengikut syif dan jadual yang ditetapkan melibatkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta bomba. Pihak bomba akan melakukan rondaan dari semasa ke semasa dan meninjau kawasan yang berisiko tinggi berlaku kebakaran,” katanya.

Khirudin berkata antara kawasan yang diberi tumpuan adalah sekitar Kepong, Jinjang, Salak Selatan dan Cheras.

Menurutnya, pasukan URB akan ditempatkan di beberapa lokasi terpilih di di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan tindakan pantas semasa kebakaran.

Katanya selain itu, bomba turut mengedarkan risalah mengenai pencegahan kebakaran yang akan diedarkan kepada orang ramai termasuk di premis perniagaan dan kawasan perumahan yang berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Beliau berharap penduduk di ibu kota dapat memperlengkapkan diri dengan alat pemadam kebakaran agar dapat mengurangkan kadar kerugian akibat kebakaran.

Sementara itu, beliau berkata statistik panggilan kebakaran melibatkan bangunan pada tahun lepas menurun iaitu 771 kes berbanding 818 kes pada 2013.

Jumlah kematian akibat kebakaran yang direkodkan pada 2014 adalah enam, berbanding 10 kes, tahun sebelumnya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd