• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruukur Tanah Abai Anak Hingga Mati Didakwa

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian anak perempuan bongsunya berusia setahun lebih, bulan lepas.

Bapa berusia 34 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun enam bulan, didapati telah melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta hadapan Night Vision Lasers System (M) Sdn Bhd, No. 17, Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, di sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang, 17 Okt lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li tidak menawarkan jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dibenarkan atas alasan dia menanggung isteri dan seorang anak.

“Saya bekerja sebagai juru ukur tanah dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan menetap di Wangsa Maju,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Ampang sebulan sekali setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, mangsa maut di dalam kereta selepas tertuduh terlupa dan meninggalkan anaknya selama lapan jam untuk pergi bekerja.

Dikatakan, pada hari kejadian, tertuduh telah membawa mangsa bersamanya berikutan tiada pengasuh pada hari tersebut. – BERNAMA

Tags: abai anakJuru Ukur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Juru Ukur Bahan Ditahan Terima Rasuah Wang, Motosikal

11/10/2023
0

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang juru ukur bahan di sebuah universiti di Terengganu kerana dipercayai menerima...

Ibu Didakwa Abai Anak Lelaki Sehingga Maut Jatuh Kondominium

15/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak kandung lelakinya yang maut selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd