• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Masih Di Pusat Pemindahan Banjir P.Pinang

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Masih terdapat 31 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar, dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata mereka yang terdiri daripada 10 buah keluarga itu mula dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan sejak pukul 8.30 malam tadi.

“Mereka termasuk tiga bayi lelaki dan perempuan itu masih berada di pusat pemindahan banjir berkenaan hari ini dan jika cuaca baik kemungkinan mereka akan pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini.

“Seramai 12 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bertugas membantu mereka di pusat pemindahan berkenaan sejak semalam,” katanya di sini hari ini.

Manakala pusat pemindahan banjir di Surau Haji Hashim di Bukit Kecil, Sungai Pinang di Balik Pulau dekat sini telah ditutup pukul 10 malam tadi selepas banjir kilat di kawasan berkenaan surut, dan kesemua 33 mangsa banjir daripada sembilan keluarga pulang ke rumah masing-masing.

“Pihak kami masih membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua mangsa banjir dalam keadaan selamat dan menurut kenyataan daripada Jabatan Mateorologi Malaysia, keadaan cuaca di Pulau Pinang akan bertambah baik dan tidak akan berlaku hujan lebat berterusan dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, hujan berterusan sejak pagi telah menyebabkan beberapa kawasan antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau mengalami banjir kilat.

Hujan bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang itu menyebabkan puluhan rumah di kawasan berkenaan mengalami banjir kilat dan dinaik air antara 0.3 meter(m) hingga 0.6m.

Sementara itu, seorang mangsa banjir di Teluk Kumbar, Mohd Zakaria Awang,52, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding bulan lepas kerana air yang masuk dalam rumahnya lebih satu meter.

“Air banjir mula masuk ke rumah saya bermula pukul 3.00 petang berikutan limpahan dari sungai berhampiran, waktu itu saya ada di rumah kerana tidak turun ke laut.. cuaca tidak berapa elok sejak awal pagi,” katanya yang bekerja sebagai nelayan.

“Bulan lepas rumah kami turut dilanda banjir kilat dan banyak barangan rosak, jadi kali ini saya mengambil langkah segera dengan memindahkan barangan lebih awal. Cuma saya harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu bagi mengatasi masalah banjir kilat kerana setiap kali hujan lebat, kawasan Teluk Kumbar pasti berlaku banjir kilat,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir di Bayan Lepas, Siti Husna Abdul Rahim,42, berkata penduduk di situ tidak menolak kemungkinan beberapa projek pembangunan di kawasan itu menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan berkenaan sejak beberapa bulan lepas. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd