• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengembara AS Dibunuh Puak Terpencil

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT BLAIR – Salah satu puak terakhir di dunia yang masih terpisah daripada tamadun moden membunuh seorang warga Amerika Syarikat (AS), selepas beliau menceroboh pulau terpencil mereka, menurut polis India, semalam.

John Allen Chau, 27, terkena serangan anak panah, Sabtu lalu, ketika beliau menjejakkan kaki di Pulau North Sentinel, ia adalah sebahagian daripada Kepulauan Andaman India, kata sumber rasmi.

“Beliau diserang dengan anak panah, namun beliau dikatakan terus berjalan. Nelayan ternampak puak di pulau itu mengikat tali di leher mangsa dan mengheret mayatnya.

“Mereka ketakutan dan lari, namun kembali keesokan paginya. Mereka kemudian menemui mayat mangsa di pantai,” kata sumber.

Pulau North Sentinel adalah tempat tinggal puak Sentinelese, mereka dipercayai mempunyai 150 orang ahli keluarga sahaja. Untuk melindungi cara hidup, orang asing dan penduduk India dilarang masuk dalam jarak lima kilometer.

Difahamkan, Chau menawarkan wang kepada nelayan tempatan supaya membawanya ke pulau itu, kata sumber terbabit. Mereka hanya membawa beliau separuh jalan dan mangsa berkayak sendiri. – AFP/BH ONLINE

Tags: DibunuhPengembara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

17/04/2024
0

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat...

Zayn Rayyan Dibunuh

Zayn Rayyan Dibunuh

07/12/2023
0

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd