• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sihir.. Azwan Ali ‘Hint’ Artis Itu Pernah Main Buih Sabun

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS jadinya atmosfera dunia hiburan apabila Azwan Ali membuat pengakuan sensasi mendakwa dirinya telah disihir oleh seorang selebriti.

Melalui sebuah program hiburan, dakwanya yang turut dikenali sebagai Diva AA, seorang artis lelaki berperwatakan lembut dan serba boleh telah melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga menyebabkan kakinya sakit selama beberapa bulan.

TERDAHULU: Azwan Ali Dakwa Artis Bapok Tua Nama J Sihirkan Dia!

Memberi klu pangkal nama artis tersebut bermula dengan huruf J, Azwan bagai cuba bermain teka-teki dan membiarkan peminat menekanya.

Maka ramailah yang menyertai ‘pertandingan’ tersebut terutamanya menerusi laman Twitter pengacara terbabit.

Telek punya telek, ramai pengikut dan pengguna laman sosial meneka artis tersebut merupakan pengacara, pelakon dan tukang masak, Jaafar Onn. Dah tentulah, telahan ini berdasarkan keterangan Azwan sendiri bahawa si polan itu mempunyai nama bermula huruf J kan…

drkl-ramadhan-20121

Lepas itu dikatakan individu terbabit ‘serba boleh’ pulak, maka ramai terus mengaitkannya dengan Jaafar Onn.

Maklumlah Jaafar Onn memang dikenali dengan bakatnya dalam pelbagai bidang terutama pengacaraan dan memasak.

AkuNo1-Cover

Menerusi laman mikro Twitter peribadinya pula, Azwan turut memuat naik klu lain seperti artis terbabit merupakan salah seorang pelakon yang terlibat dalam filem arahan Datuk Aznil Nawawi, Aku No 1.

https://twitter.com/azwanhjali/status/566908542343331845

Kalau difikirkan, selain Aznil dan Azwan Ali, Jaafar Onn juga merupakan salah seorang aktor terlibat dalam filem tersebut yang ditayangkan pada 2004.

Hmm, klu diberikan memang terarah ke situ jadi memang tak salah kalau peminat membuat agakan tentang Jaafar Onn!

Selain itu dalam salah satu tweet Azwan menulis, artis ‘J’ itu juga pernah memuatnaik foto sedang bermain buih sabun. Ini agak rare sebab jarang lelaki buat kerja macam tu…

https://twitter.com/azwanhjali/status/566906969487704064

Tup-tup memang Jaafar Onn pernah memuatnaik foto sedang bermain buih sabun dalam tab mandi kira-kira setahun lalu. Kan ke jelas lagi terang benderang tu?

http://instagram.com/p/k-3pBWu0Rl/?modal=true

Bagaimanapun melaui tweet terbaru, Azwan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia telah mengeluarkan kenyataan menuduh mana-mana individu sebagai ‘artis J’.

https://twitter.com/azwanhjali/status/567614734157881345

https://twitter.com/azwanhjali/status/567615042384703488

Pulak dah…sebenarnya perkara ini mudah saja.

Nampak sangat Azwan takut kalau kena saman dengan mana-mana artis kalau terang-terangan menyebut nama si polan tapi pada masa sama dia galak memberi hint demi hint supaya diteka peminat.

Senang cerita, tak payah layanlah teka-tekinya tu…kalau betul ada bukti mana-mana artis menganiaya atau menyihir dirinya apa kata Azwan bagi surat saman je terus?

– MYNEWSHUB.CC

 Kenyataan Balas Azwan Ali Kerana Menghina Makanan Bazaar Ramadan

Tags: Azwan Aliilmu sihirpengacarasakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

04/11/2022
0

Kuala Lumpur : Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd