• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ICERD: Jangan Ganggu Ketenteraman Awam

oleh
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang kenyataan atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam semasa berbincang mengenai isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Semua pihak diminta menggunakan saluran betul menyuarakan pendapat dan mematuhi undang-undang jika berhimpun membantah isu berkenaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ini kerana isu ICERD telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Dalam sesebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia berhak dan bebas untuk menyuarakan pendapat dan pendirian mereka mengenai isu berkenaan.

Namun demikian, ia harus dibuat mengikut landasan undang-undang dan tidak sesekali boleh melampaui batasan sehingga menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum serta agama di negara Ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kita juga harus yakin dengan komitmen kerajaan untuk mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung ratifikasi ICERD berkenaan,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya akan menjalankan amanah untuk menjaga ketenteraman awam dan akan memastikan tidak wujud pelanggaran undang-undang daripada mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan berhubung isu ini, bagi kepentingan agenda mereka.

Ahad lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelaksanaan ICERD, sekiranya dibuat, akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, dan perkara itu hampir mustahil untuk dilakukan tambahan pula memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga anggota parlimen.

Soal sama ada Malaysia perlu meratifikasi ICERD telah mendapat bantahan daripada sebilangan wakil rakyat pembangkang dan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd