• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Terperinci Pisah Fungsi Pendakwa Raya

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kajian terperinci sedang dibuat terhadap cadangan pemisahan fungsi pendakwa raya daripada peguam negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pelaksanaan cadangan itu bagaimanapun perlu ditangguhkan buat masa ini memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Waktu ini kita belum mempunyai jumlah yang cukup dua pertiga dalam Dewan Rakyat untuk menentukan pindaan ini dapat diluluskan, sebab itu perkara ini ditangguhkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin sebelum ini, pelaksanaan cadangan itu memerlukan pindaan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan selain semakan semula undang-undang berkaitan kuasa pendakwa raya dan peguam negara yang diperuntukkan menurut Kanun Tatacara Jenayah serta Akta Tafsiran 1948 dan 1967.

Dr Mahathir dalam pada itu berkata cadangan menambah baik dasar penglibatan politik dalam kalangan penjawat awam turut ditangguhkan sementara waktu berikutan kajian terperinci mengenainya perlu dibuat .

“Kita masih belum dapat menentukan apakah ada pegawai yang boleh dibenar terlibat dalam politik,” katanya.

Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata pegawai yang dilantik oleh menteri kabinet perlu terlibat dengan politik kerana mereka mengikut menteri mereka berhubung dengan masyarakat.

Pegawai-pegawai lain juga sejak dahulu lagi ada terlibat dalam politik seperti pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), katanya.

Dr Mahathir berkata penglibatan penjawat awam dalam politik akan menjejas ketelusan pentadbiran negara kerana mereka sudah tentu terikat dengan parti yang disertai dan akan mengambil tindakan yang memihak (bias) berkenaan apa sahaja yang diputuskan oleh mereka.

Dalam pemerintahan kerajaan terdahulu, katanya ramai penjawat awam terlibat dengan politik termasuk berkempen dan memakai baju parti politik.

“Kita kena lihat di tahap mana mereka harus dihalang. Mereka yang tidak membuat keputusan serius mungkin boleh dibenarkan terlibat dalam politik tetapi kita belum membuat keputusan muktamad tentang itu,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

Tags: kajian terperincipendakwa raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manifesto BN: Pisahkan Fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya

Manifesto BN: Pisahkan Fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya

07/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) bercadang menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan jawatan dan fungsi peguam negara dan pendakwa...

Pendakwa Raya Mohon Shakira Dipenjara Lebih Lapan Tahun

Pendakwa Raya Mohon Shakira Dipenjara Lebih Lapan Tahun

30/07/2022
0

ANKARA - Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd