• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Daerah Jempol Diisytihar Jadi Perbandaran

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Majlis Daerah Jempol (MDJ) akan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJ) pada 29 Jan 2019, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Katanya pengisytiharan pada tarikh tersebut sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Tarikh tersebut telah mendapat perkenan Tuanku Muhriz. Majlis pengisytiharan MPJ akan disempurnakan Tuanku Muhriz sendiri di hadapan bangunan MDJ. Pengisytiharan MPJ ini juga adalah di antara program sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-71.

“Beberapa acara akan diadakan sempena dengan pengisytiharan MPJ. Ia termasuk majlis bacaan Yassin di Masjid Tuanku Muhriz, pertandingan memancing, pertandingan memasak dan gubahan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan ‘explore race’ dan maraton ‘tray run’,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini.

Katanya dengan pengisytiharan itu nanti MPJ akan menjadi majlis perbandaran keempat di negeri ini selepas Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Disamping itu, katanya kerajaan negeri juga akan melantik Yang Dipertua MPJ dan Pegawai Daerah Jempol yang baharu.​​​​​​​

Katanya pengisytiharan MDJ dinaik taraf sebagai MPJ dibuat kerana hasil kutipan hasilnya yang meningkat dan penduduknya yang ramai.​​​​​​​

​​​​​​​Mengenai penubuhan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang sepatutnya diisytiharkan tahun hadapan, beliau berkata pengisytiharannya ditangguhkan ke tahun 2020.

“Perkara ini (tarikh pengisytiharan MBS) bagaimanapun bergantung kepada perkenan Yang DiPertuan Agong dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Kita terpaksa menangguhkan pengisytiharan MBS berikutan kita perlu menyelesaikan beberapa perkara termasuk yang melibatkan penempatan pegawai, pejabat, kemudahan, peruntukan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA​

Tags: JempolMajlis Perbandaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Gaji Minimum Berkuat Kuasa 1 Februari

24/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perintah gaji minimum baharu sudah diwartakan dan akan berkuat kuasa 1 Februari ini. Menurut warta kerajaan yang...

Surau Sekolah Jadi Lokasi Bersalin Pelajar Tingkatan 3

22/09/2017
0

JIKA pelajar lain yang berusia 15 tahun sedang sibuk mempersiapkan diri bagi peperiksaan PT3, namun gadis ini pula sedang bermati-matian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd