• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Disaran Tawar Kolam Renang Untuk Latih Pelajar

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak swasta terutama hotel yang mempunyai kolam renang di premis mereka disaran bantu memudahkan pihak sekolah menyediakan aktiviti renang untuk para pelajar mereka.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak hotel mengenai perkara itu supaya ia ditawarkan sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Kita juga berharap lepas pengumuman ini, pihak hotel akan bertindak proaktif untuk mengambil inisiatif sendiri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program ‘Life Saving Skills’ dan modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat di Air 2018 di sini hari ini.

Maszlee dilapor berkata, mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diperkenalkan kepada murid sekolah dalam usaha kementerian mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu, sekali gus menangani insiden lemas.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa saranan supaya hotel menawarkan premis mereka hanya sebagai usaha kementerian untuk menambah lokasi belajar renang sekolah.

“Pelan asalnya ialah membawa mereka ke pusat-pusat sukan dan kolam renang awam. Kami cuma mengges pihak hotel agar dapat melaksanakan tugas CSR,” katanya menambah saranan itu berikutan tidak semua sekolah dilengkapi dan berdekatan dengan kolam renang.

Ditanya sama ada aktiviti belajar renang akan dijadikan satu kokurikulum wajib, katanya kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan ia silibus wajib bermula dari prasekolah sehingga sekolah menengah, namun ia akan mengambil masa yang panjang, memandangkan terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Terdahulu, dalam ucapannya, Maszlee berkata buat masa ini, aktiviti renang dijalankan melalui kelab dan persatuan sebagai kegiatan kokurikulum dengan pelajar diajar berdasarkan modul-modul oleh agensi berdaftar dengan kementerian berpandukan garis panduan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sedia ada.

Modul yang dilancarkan hari ini adalah julung kali diadakan dan amat bermakna selain tepat pada masanya bagi menunjukkan komitmen kementerian menyebar luas kesedaran dan kepentingan keselamatan dan menyelamat di air. – BERNAMA

Tags: hotelpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd