• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merokok Di Kawasan DUN Boleh Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kawasan sekitar bangunan Wisma Sri Pahang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas oleh penguat kuasa tanpa kira jawatan atau pangkat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kawasan bangunan kerajaan dikategorikan antara 23 kawasan larangan merokok di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kompaun.

“Memang kawasan ini (Wisma Sri Pahang) adalah kawasan larangan merokok dan jika ada pihak tertentu merokok di sekitar bangunan yang sedang berlangsung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, tindakan tegas boleh diambil.

“Cuma, kalau kebetulan ketika mereka ini sedang merokok dan tidak ada pegawai penguatkuasaan ketika itu, kiranya macam rezeki mereka dan bernasib baik (tidak dikenakan tindakan)…kalau nak kira, memang tindakan boleh diambil terhadap mereka (perokok) tanpa mengira jawatan atau pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 berkenaan tindakan ramai pegawai kanan kerajaan merokok di kawasan sekitar Wisma Sri Pahang ketika persidangan berlangsung.

Sebelum itu, Sim bertanya tentang berapa kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok di negeri ini ini dan jumlah kompaun yang telah dikenakan kepada perokok tegar sejak 2016 sehingga tahun ini .

Menjawab pertanyaan itu, Syed Ibrahim berkata pada 2016, sebanyak 1,226 kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang kepada perokok yang melanggar arahan larangan merokok di kawasan larangan merokok.

“Sementara pada 2017 terdapat 3,392 kompaun dikeluarkan dan pada tahun ini pula sehingga September lalu, sebanyak 2,961 kompaun dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan terus melakukan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa di semua kawasan dan premis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. – BERNAMA

Tags: merokokSIdang DUN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd