• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Sedia Tandas Khas LGBT Di Pahang

oleh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang tidak berhasrat menyediakan kemudahan tandas khas bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.​​​

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kerajaan negeri berpendapat tidak ada keperluan berbuat demikian di negeri ini.

“Isu ini (LGBT) perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sudah dan sedang dilaksanakan pihak berwajib. Ini termasuk dengan peranan dan bantuan yang dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan Pusat,” katanya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

​​​​​​​Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) yang ingin tahu mengenai keperluan menyediakan kemudahan tandas khas kepada golongan LGBT di Pahang.

Sebelum itu, Khairuddin turut bertanyakan peranan yang dimainkan pihak berwajib bagi membenteras masalah sosial LGBT serta isu masalah mak nyah yang aktif di bandar Kuantan.

Mengulas tentang perkara itu Shahaniza berkata pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sentiasa menjalankan operasi secara berterusan mengikut Seksyen 33 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 dibantu agensi penguatkuasa kerajaan yang lain dan NGO.

“Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti dan program kesedaran atau pemulihan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“Malah NGO seperti Persatuan Insaf Pahang juga turut memainkan peranan dengan mengadakan program pemulihan ini seperti ‘Mukayyam’ sejak 2011 sehingga kini dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dibantu masyarakat di Kuantan dari segi idea dan kewangan,” katanya. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: LGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd