• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lari Dari Mahkamah Rembau Serah Diri

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Suspek yang melarikan diri ketika pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Rembau di sini, kelmarin berjaya diberkas semula di Tampin, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, Mohammad Azrin Mohd Danial, 29, ditahan jam 9.15 malam ketika menyerah diri di Balai Polis Tampin.

Katanya, sebaik meloloskan diri pada jam 10.30 pagi, lelaki itu menaiki teksi dari mahkamah menuju ke sebuah rumah di Tampin.

“Selepas 35 jam melarikan diri, dia di Balai Polis Tampin” katanya kepada NSTP, hari ini.

Menurut Anuar Bakri, suspek ditahan polis pada Ahad lalu dan sepatutnya dituduh di mahkamah, di sini, kelmarin.

Katanya, ketika namanya dipanggil oleh jurubahasa mahkamah sebanyak dua kali dia tiada di kandang tertuduh dan didapati melarikan diri.

“Sehubungan itu gerakan memburu suspek dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin sehingga ditangkap semula,” katanya.

Anuar Bakri menafikan dakwaan mengatakan suspek dibantu beberapa pengedar dadah ketika meloloskan diri di mahkamah sebelum disembunyikan di sebuah rumah di Tampin.

“Dakwaan itu tidak benar dan kami juga tidak menahan beberapa pengedar lain yang dikatakan bersekongkol dalam kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Kanun Keseksaan. – BH ONLINE

Tags: mahkamahSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd