• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 50 Tahun Konsesi WCE Munasabah

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting ke Taiping adalah munasabah meskipun tempoh perjanjian itu agak panjang, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.​​​​​​​​​​​

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata ini kerana rundingan perjanjian itu telah ambil kira pelbagai faktor termasuk soal kadar tol yang munasabah serta pulangan modal kepada pihak pelabur.

“Kita boleh percepatkan tempoh (konsesi) itu tetapi apakah nanti rakyat bersedia menerima kadar tol yang tinggi?,” katanya ketika sesi soal jawab.​​​​​​​

Beliau menjawab soalan tambahan Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) sama ada kerajaan Pakatan Harapan berhasrat mengkaji semula tempoh masa perjanjian konsesi yang diberikan kerana tempoh masa 50 tahun dilihat tidak munasabah.​​​​​​​

Dalam pada itu, Mohd Anuar berkata projek lebuh raya WCE telah 60 peratus siap dan dijangka dibuka secara berperingkat tahun depan.​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Katanya projek WCE yang sepatutnya siap pada April 2020 dijangka siap sepenuhnya pada 2022 disebabkan proses pengambilan semula tanah.​​​​​​​

​​​​​​​Projek WCE yang bakal menghubungkan kawasan seperti Hutan Melintang, Bagan Datuk, Teluk Intan, Lekir, Sitiawan, Parit dan Trong dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta iaitu syarikat West Coast Expressway Sdn Bhd dan Kerajaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: bayaran tolKonsesi Tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bila Agaknya Kerajaan Nak Umum Diskaun Tol? 

Bila Agaknya Kerajaan Nak Umum Diskaun Tol? 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub SATU soalan yang sedang bermain di fikiran rakyat ketika ini bila tol percuma atau sekurang-kurangnya diskaun tol akan...

Lanjutan Tempoh Konsesi PLUS Belum Dimuktamad

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk melanjutkan tempoh konsesi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) selama 38 tahun lagi sehingga 2058 seperti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd