• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Universiti Johns Hopkins Dibebani Hutang

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Derma terbesar berjumlah AS$1.8 bilion oleh Michael Bloomberg bagi bantu kewangan Universiti Johns Hopkins membayangkan masalah hutang pelajar di Amerika Syarikat (AS) yang terus belenggu mereka bertahun-tahun selepas bergelar graduan.

Jabatan Pendidikan AS memaklumkan, seramai 42.2 juta orang membayar pinjaman pendidikan persekutuan setakat akhir Jun 2018 dengan jumlah hutang terkumpul hampir AS$1.5 trilion (RM6.2 trilion), terbesar selepas hutang pinjaman perumahan.

Bloomberg yang merupakan bekas datuk bandar New York berkata, beliau memberikan derma itu sebagai hadiah kepada bekas universitinya bagi bantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Kos pendidikan tinggi dan sekolah elit di AS lazimnya melepasi angka AS$50,000 (RM209,450) setahun, jumlah yang tidak mampu dibiayai oleh kebanyakan ke­luarga di negara itu.

“Saya bernasib baik. Bapa saya ialah seorang penyimpan kira-kira dengan gaji tidak lebih AS$6,000(RM25,113) setahun. Namun, saya mampu belajar di Universiti Johns Hopkins menerusi pinjaman pelajaran Jabatan Pertahanan Nasional dan dengan bekerja di kampus,” kata Bloomberg.

Derma itu yang dipercayai terbesar kepada sebuah universiti, akan memastikan bahawa kami berupaya merekrut lebih ramai pelajar generasi pertama dan berpendapatan rendah dan menyediakan akses penuh kepada mereka merangkumi setiap dimensi pengalaman pembelajaran di Universiti Johns Hopkins, kata ketua universiti berkenaan, Ronald Daniels.

Pada masa ini, sebanyak 44 peratus pelajar universiti di Baltimore, Maryland itu menamatkan pembelajaran mereka menggunakan pinjaman pendidikan dengan purata setiap orang berhutang lebih AS$24,000 (RM100,536), demikian menurut data pusat pengajian tinggi berkenaan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Amerika Syarikatgraduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd